Monday, 30 September 2013

Tempahan



CARA TEMPAHAN

Tempahan:
1.          Tempahan adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.

2.          Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.
3.          Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah secara tunai.

4.          Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak D’Tanjung Inn Homestay bergantung kepada kekosongan (availability). 

5.          Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangka masa yang lebih pendek.

Bayaran Masuk:

1.        Bayaran sewaan hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-
in. Cara bayaran selain bayaran tunai adalah tidak diterima.             
2.        Sewaktu musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada tetamu untuk check-out  tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari atau waktu lain yang telah dipersetujui.

No comments:

Post a Comment