Monday, 30 September 2013

Kemudahan D'Tanjung Inn Homestay



Kemudahan:

D’Tanjung Inn Homestay  menyediakan  apartmen lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan keseluruhan lebih kurang 920 kaki persegi.  
Lokasi D’Tanjung Inn Homestay ialah di Apartment Seri Harmoni, Taman Bahtera Tanjong Malim, Perak. D’Tanjung Inn Homestay terletak di Blok B (B-3-17) yang dahulunya dikenali dengan Kolej Kediaman Ungku Omar, UPSI.

D’Tanjung Inn Homestay menyediakan ruang yang amat selesa untuk penginapan sekeluarga atau berkumpulan. Dengan kemudahan 6 single bed untuk 6 orang (*2 orang per bilik-jika katil ‘king’ kena tido dengan kawan setilam-cam tak selesa lak-jika berkeluarga katil boleh digerakkan. *Pada hemat kami penginapan masih selesa untuk 10 orang dewasa, comforter dan bantal tambahan disediakan percuma. *RM20@RM12/orang-nilai penginapan yang berbaloi-baloi)

D’Tanjung Inn Homestay mengenakan kadar sewaan ‘flat-rate’ pada setiap hari 7 hari seminggu dengan hanya RM 120.00 (*Sesetengah tempat menaikkan harga pada Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum kerana permintaan tinggi dari mahasiswa/i UPSI)

D’Tanjung Inn Homestay menyediakan peralatan dapur dan memasak seperti periuk nasi, periuk serbaguna, mini fridge, kettle, pembakar roti, kutleri dan pinggan-mangkuk yang membolehkan anda memasak sendiri dan secara langsung menjimatkan kos.  

D’Tanjung Inn Homestay mempunyai surau di aras satu dan perkhidmatan dobi+dryer dan bilik internet di aras bawah serta parking terbuka yang sangat luas (parking berbumbung-terhad-siapa cepat dia dapat..hu..hu) namun masih dalam kawasan apartment yang berpagar dan tersedia kawalan keselamatan 24/7.

KEMUDAHAN
a.       3 bilik 2 bilik air
b.      6 single bed + (1 comforter & 4 bantal)
c.       TV LCD + Astro
d.      Internet/Wifi
e.       Iron & Iron board
f.       Aircond – bilik utama sahaja
g.      Mini peti sejuk
h.      Set meja makan
i.        Periuk nasi elektrik
j.        Periuk serbaguna elektrik
k.      Jug kettle
l.        Pembakar roti
m.    Gelas serta pinggan mangkuk
n.      Kutleri

KEMUDAHAN LAIN                 

a.       Surau (aras 1)
b.      Dewan serbaguna (aras 1)
c.       Dobi+dryer (aras bawah)
d.      Bilik Internet (aras bawah)
e.       7-Eleven dan Restoran
f.       Pasar malam (hari Jumaat shj)



Institusi.

a.       0.9 KM ke UPSI (Kampus Sultan Abdul Jalil)
b.      6.5 KM ke UPSI (Kampus Sultan Azlan Shah)
c.       1.0 KM ke Masjid Hulu Bernam
d.      1.5 KM ke Masjid Jame’ (Masjid Putih) Tanjung Malim
e.       1.2 KM ke Pusat Kesihatan Tanjung Malim
f.       9 KM ke INSTUN
g.      6 KM ke Pusat Pertanian Kalumpang
h.      15 KM ke Politeknik Behrang/ Slim

Institusi Lain

a.       1.0 KM ke Pekan Tanjung Malim – Bank, KFC, Pizza Hut, Pau Yik Mun
b.      1.2 KM ke Stesen Bas Tanjung Malim
c.       1.7 KM ke Stesen Komuter/ Kereta api
d.      1.5 KM ke Stesen Minyak – Bank, KFC Drive-true
e.       7 KM ke Bandar Proton City
f.       7 KM ke Kilang Proton
g.      7 KM ke Stadium Proton
h.      4 KM ke Pasar raya Billion
i.        8 KM ke Behrang 2020 – Pasar raya TF
j.        7 KM ke Kalumpang Resort & Training Center
k.      7.5 KM ke Sungai Inki
l.        9 KM ke Sungai Bill
m.    9 KM ke Lembah Beringin

No comments:

Post a Comment