Bagi
memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan
perniagaan di antara D’Tanjung Inn Homestay dan tetamu maka terma dan syarat
berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan
penginapan di D’Tanjung Inn Homestay :
Umum
Umum
1. Penginapan D’Tanjung Inn Homestay dibuka
khusus kepada tetamu beragama ISLAM namun memberi ruang penginapan kepada
Non-Muslim untuk menginap di Homestay ini.
2. Tetamu Muslim yang bukan mahram yang
menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada SEJANTINA sahaja.
3. Tetamu Non-Muslim adalah terikat dengan
perilaku dan akhlak Islam
4. D’Tanjung Inn Homestay bermaksud
keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.
5. Segala urusniaga adalah dalam mata wang
rasmi Negara Malaysia (Ringgit Malaysia).
6. Terma dan syarat ini adalah sebagai
panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik
dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Tempahan
1. Tempahan adalah berdasarkan konsep
“siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan
apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.
2.
Tetamu
perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima
Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut
merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki
jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya
lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.
3.
Segala
urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah
secara tunai.
4.
Tetamu
yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau
tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak D’Tanjung Inn Homestay bergantung
kepada kekosongan (availability).
5.
Pembatalan
terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat
sekurang-kurangnya tujuh (3) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit
komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan
untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa kurang dari bilangan hari
tersebut.
Bayaran Masuk
1. Bayaran sewaan hendaklah dibuat
sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-in. Cara bayaran selain bayaran
tunai adalah tidak diterima.
2.
Sewaktu
musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, (termasuk hari
Minggu Konvokesyen UPSI) deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan
sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada
tetamu untuk check-out tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari atau
waktu lain yang telah dipersetujui. ( Caj
RM20/jam kepada tetamu bagi setiap jam tambahan pada waktu puncak ini)
Penggunaan
1. Waktu check-in ialah pada jam 02.00 P.M
dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari. Check-in awal dan check-out lewat
adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan D’Tanjung
Inn Homestay.
2.
Tetamu
tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam D’Tanjung
Inn Homestay.
3.
Tetamu
dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan.
4.
Tetamu
dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik,
bekalan air serta susun-atur perabot.
5.
Tetamu
dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan SYARIAT dan
AKHLAK ISLAM serta membawa makanan/minuman yang haram di sisi Islam.
6.
D’Tanjung
Inn Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap
kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan
dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
7.
D’Tanjung
Inn Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus
menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau
terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.
8. Perkhidmatan bilik (Room service) tidak
disediakan.
Resit dan Dokumentasi
1. Resit penginapan hanya akan dikeluarkan
atas permintaan tetamu apabila bayaran penuh telah dibuat.
2.
Tetamu
perlu menyimpan bukti pembayaran deposit komitmen untuk semakan semasa
check-in.
3. D’Tanjung Inn Homestay berhak untuk
melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum
tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.
No comments:
Post a Comment